Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM500,000

Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM500,000

KOTA KINABALU, 23 Mei (Bernama) – Kastam Sabah merampas kira-kira satu kilogram dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM500,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 19 Mei lepas.

Pengarahnya Datuk Dr. Janathan Kandok berkata dadah itu disembunyikan dalam beg pakaian seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun ketika melalui kaunter pemeriksaan kastam di KKIA selepas tiba dari Kuala Lumpur pada 2.50 petang.