Kastam S’pura rampas 700 beg

Kastam S’pura rampas 700 beg

SINGAPURA, 6 Mei (Bernama) – Kastam Singapura merampas 700 unit beg wanita dan dompet berjenama tiruan yang diimport dari China di kawasan perindustrian ringan di Tanjong Pagar Distripark di sini, semalam.

Kastam Singapura, dalam kenyataan hari ini, berkata barangan tiruan yang menggunakan tiga jenama popular itu dirampas ketika pemeriksaan terhadap konsaimen barangan di kawasan itu.

Pihak berkuasa itu berkata barangan tiruan itu dirampas mengikut Seksyen 93A(1)(a) Akta Cap Dagangan dan pemilik hak cipta jenama berkenaan boleh mengambil tindakan terhadap pengimport barangan tiruan tersebut.

Menurutnya Singapura tidak akan membiarkan aktiviti dagangan haram di negara itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengimport barangan tiruan.

Selain itu, katanya, pihak berkuasa Singapura akan memastikan penguatkuasaan harta intelek yang kukuh diteruskan.

ARTIKEL YANG SAMA