Kastam Terengganu sita 47 buah kereta seludup

Kastam Terengganu sita 47 buah kereta seludup

KUALA TERENGGANU, 7 Ogos – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu telah menyita sebanyak 47 buah kereta seludup bernilai kira-kira RM1.3 juta bagi tempoh Januari lepas hingga Rabu lalu.

Pengarahnya Datuk Hamzah Sundang berkata kesemua rampasan itu melibatkan nilai cukai kira-kira RM2.04 juta.

“Kebanyakan kereta yang dirampas ini adalah kenderaan dari Singapura dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran,” katanya kepada pemberita, di sini.

Terbaru pada Rabu lepas, katanya pihaknya menyita dua buah kereta seludup jenis Nissan Sunny dan Mazda 3, masing-masing di Kuala Ibai dan Kampung Bukit. –Bernama

 

ARTIKEL YANG SAMA