Kastam Vietna...

Kastam Vietnam kesan kes seludup masuk daun Khat

BANDARAYA HO CHI MINH, 6 Jun – Kastam Vietnam baru-baru ini mengesan empat kes penyeludupan membabitkan daun Khat, yang mengandungi katinon dan diklasifikasikan oleh negara itu sebagai dadah narkotik, dari Afrika dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan hari ini.

Kastam di lapangan terbang yang berpusat di Ho Chi Minh itu merampas lebih 1.2 tan daun Khat, termasuk sejumlah 336 kilogram, kelmarin, lapor akhbar Hai Quan (Kastam).

Menurut akhbar itu, jika sejumlah 1.2 tan daun Khat dieksport semula ke Amerika Syarikat atau negara Eropah, pemiliknya akan mengaut keuntungan kira-kira AS$2.2 juta. – Bernama