Kasuka FC cari pemain baru

Kasuka FC cari pemain baru

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Kasuka FC akan mengadakan sesi pemilihan kali kedua untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak berkesempatan untuk hadir ketika sesi pemilihan pertama sebelum ini.

Menurut Kasuka FC, pemain yang terpilih sewaktu pemilihan dijalankan itu akan mewakili Kelab Bolasepak Kasuka FC bagi menyertai Kejuaraan Liga Kebangsaan Bawah 16 Tahun yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sesi pemilihan akan berlangsung di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya di Berakas pada 15 April bermula pada jam 7:30 pagi sehingga sesi pemilihan selesai dibuat oleh panel pemilihan Kasuka FC.

Dalam kenyataan Kasuka FC lagi, program in bertujuan untuk mengembangkan lagi arena bola sepak di Negara Brunei Darussalam di samping mencungkil bakat pemain muda untuk masa depan.

Kasuka FC turut komited menerapkan profesionalisme dan memberikan bimbingan kepada semua pemain untuk mencapai ke tahap permainan yang mantap dan bermutu tinggi di samping melahirkan pemain profesional yang berkaliber di peringkat kebangsaan nanti.

Pemain hendaklah berumur tidak lebih dari 16 tahun dan lahir pada tahun 2000-2002 dan pemain yang pernah mengikuti kelab lain dan berdaftar di Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) adalah suatu kelebihan.

ARTIKEL YANG SAMA