Kasuka FC ranapkan impian BSRC FT

Kasuka FC ranapkan impian BSRC FT

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 2 Nov – Kasuka FC meranapkan impian BSRC FT untuk mara ke Pusingan Ketiga Piala FA DST 2015 apabila ledakan dua beradik dalam tempoh 11 minit di penghujung separuh masa kedua perlawanan memberikan Kasuka FC kemenangan 2-0.

Mohammad Harith bin Mahari memberikan Kasuka FC gol pertamanya pada minit ke-73 yang disusuli dengan gol kedua oleh Mohammad Hafis bin Mahari pada minit ke-83, dengan pendahuluan 2-0 itu kekal sehingga perlawanan tamat.

BSRC FT baru saja beberapa hari meraikan kejayaannya menewaskan Perkasa FT dengan jaringan 4-0 pada 27 Oktober lalu di tempat yang sama, Kompleks Sukan Tutong (KST).

Kasuka FC akan berdepan Lun Bawang di Pusingan Ketiga Piala FA DST 2015 selepas menewaskan BSRC FT 2-0.
Kasuka FC akan berdepan Lun Bawang di Pusingan Ketiga Piala FA DST 2015 selepas menewaskan BSRC FT 2-0.

Namun pasukan itu perlu terlebih dahulu menyaingi Kasuka FC yang terundi ‘bye’ untuk sah mara ke pusingan ketiga kejohanan.

Menerusi kemenangan itu, Kasuka FC kini perlu berdepan dengan Kelab Liga Super DST 2015, Lun Bawang, pada Rabu, 2 Disember nanti di KST bermula pukul 8:15 malam.

ARTIKEL YANG SAMA