Katak kening kuning ditemui

Katak kening kuning ditemui

BOGOTA, 9 Mac (AFP) – Satu spesies katak daratan baru dengan kening kuning telah pun ditemui di Andes Timur Colombia, umum penyelidik semalam.

Spesies Pristimantis macrummendozai ditemui di paramos Iguaque Merchan, satu ekosistem Alp, utara bandar Arcabuco di tengah kawasan Boyaca, menurut Institut Humboldt, yang menjalankan kajian dengan kerjasama daripada Kementerian Alam Sekitar.

Penemuan itu “menempatkan Colombia di kalangan lima negara paling biopelbagai di dunia,” kata Andres Acosta, kurator koleksi biologi Institut Humboldt.

Penyelidik berkata katak itu mempunyai kulit dengan lipatan yang mengekal kelembapan, dan warnanya yang gelap membantunya bergabung dengan baik dengan tanah berbatu rantau pergunungan ini.

Seekor katak dengan kening kuning ditemui di Andes Timur Colombia dikenali sebagai spesies baru oleh para penyelidik Institut Humboldt. – AFP
Seekor katak dengan kening kuning ditemui di Andes Timur Colombia dikenali sebagai spesies baru oleh para penyelidik Institut Humboldt. – AFP

“Tidak seperti spesies lain, Pristimantis macrummendozai membiak dengan baik dalam kelembapan rantau paramos ini, bertelur di tanah,” kata Institut Humboldt dalam satu kenyataan.

Kaki depan katak mempunyai tapak kaki melekit yang sama dengan Velcro yang membenarkan katak jantan mengekal cengkamannya ke atas katak betina ketika mengawan.