Katak pokok yang dikatakan pupus, ditemui di India

Katak pokok yang dikatakan pupus, ditemui di India

NEW DELHI, 24 Jan – Seekor katak pokok (gambar) yang jarang ditemui telah dicatatkan di timur laut India buat kali pertama sejak kurun ke-19, kata saintis baru-baru ini.

Katak tersebut, yang sekarang diklasifikasikan sebagai Frankixalus Jerdonii, memiliki kaedah luar biasa dalam menghasilkan generasinya.

Katak betina menghasilkan telur yang tidak disenyawakan dengan yang lain bagi berudu memakannya apabila ia menetas.

Selepas dikesan oleh naturalis British pada 1870, katak tersebut telah lama dirasakan pupus, ahli biologi SD Biju dari Universiti Delhi memberitahu dpa minggu lalu.

Tetapi ketika ekspedisi 2007 ke hutan di timur laut India, Meghalaya, sepasukan yang diketuai oleh Biju mendapati apa yang dilihat sebagai amfibia yang sudah lama hilang.

ap_972594297584

“Ia adalah pada waktu malam apabila pasukan kami mendengar bunyi panggilan yang bising yang luar biasa dari pokok-pokok dalam hutan,” katanya.

“Apabila kami pergi ke tapak itu pada keesokan paginya, kami menemui katak membiak di dalam lubang pokok dipenuhi dengan air hujan.”

“Kerana sumber makanan yang tidak mencukupi dalam lubang pokok, ibu kepada katak tersebut mengawal dengan mengeluarkan telur yang tidak disenyawakan bagi memberikan makan kepada berudu,” kata Biju.

Kajian dari penemuan pasukan itu terhadap katak-katak itu diterbitkan pada Rabu lalu oleh jurnal Public Library of Science, PLOS ONE, selepas beberapa tahun pengesahan teliti termasuk analisis DNA, katanya.

Sehingga 2007, satu-satunya spesimen yang dicatatkan adalah dua ekor yang ditangkap dalam hutan Darjeeling pada 1870 oleh naturalis British, TC Jerdon yang mengumpulkan dan memuliharanya di Natural History Museum, London.

Spesies berwarna kuning-coklat itu berukuran besar berbanding katak pokok yang standard, membesar sehingga 45 milimeter panjang, dengan mata besar yang terkeluar dan muncung yang kecil. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA