KatakIjau anjur kempen derma darah

KatakIjau anjur kempen derma darah

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Kumpulan Bertindak Bantuan Kemanusiaan KatakIjau dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini, telah mengadakan Kempen Derma Darah di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Presiden kumpulan itu, Awang Rozan bin Haji Kaderi, menjelaskan kempen berkenaan merupakan yang kedua diadakan secara kerjasama dengan Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, yang mana sebelum ini pernah diadakan bersempena Ekspo Amal Back-to-School pada tahun lepas.

Pada tahun ini, kempen diadakan bersempena Ekspo Amal Ukhuwah yang telah bermula kelmarin hingga 23 Disember ini bagi mengutip dana membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak yatim dari segi keperluan persekolahan.

Antara yang menderma darah di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.
Antara yang menderma darah di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

Kempen yang merupakan salah satu projek tahunan Kumpulan KatakIjau ini bertujuan untuk mencapai misi kumpulan bagi memberikan bantuan kemanusiaan dan akan diteruskan lagi pad masa akan datang.

Dalam kesempatan ini, Awang Rozan turut menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Belia dan Sukan khususnya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sama-sama menyokong kumpulan tersebut ke arah mengembangkan dan menggiatkan lagi aktiviti yang dijalankannya.

ARTIKEL YANG SAMA