Kaufman juara Terbuka Shriners

Kaufman juara Terbuka Shriners

LAS VEGAS, 26 Okt (AFP) – Smylie Kaufman, 23, dari Amerika Syarikat beraksi dalam pertandingan Jelajah PGA kelimanya, mencatatkan 10 bawah par 61 untuk memenangi pertandingan Terbuka Shriners Hospital for Children.

Kaufman, yang mengekori dengan tujuh strok apabila pertandingan bermula, menghasilkan lapan birdie dan satu eagle dalam pusingan akhir di TPC Summerlin untuk menamatkan 16 bawah par 268.

Ia mendahului satu strok di depan enam pesaing yang menyaingi Kaufman dari kerusinya ketika dia menyaksikan seorang demi seorang gagal untuk menyaingi pendahuluan kelabnya.

“Saya banyak menghasilkan pukulan dengan pemain yang turun beraksi,” kata Kaufman. “Ia teruk menyaksikan berbanding di atas padang.”

Kaufman, rangking ke 226 dunia, menyelamatkan 2 tahun jelajah untuk kekal dalam jelajah dan kemunculan dalam Masters tahun depan di antara juara lain.

Smylie Kaufman meraikan kemenangannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Shriners International Jerry Gantt bersama trofi selepas muncul juara Terbuka Shriners Hospitals For Children pada 25 Oktober 2015 di TPC Summerlin di Las Vegas, Nevada. – AFP
Smylie Kaufman meraikan kemenangannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Shriners International Jerry Gantt bersama trofi selepas muncul juara Terbuka Shriners Hospitals For Children pada 25 Oktober 2015 di TPC Summerlin di Las Vegas, Nevada. – AFP

“Ia adalah luar biasa,” kata Kaufman. “Saya malah tidak mampu meletakkannya dalam bentuk perkataan.”

Patton Kizzire dari AS, Cameron Tringale, Jason Bohn, Kevin Na dan Brett Stegmaier termasuk Alex Cejka dari Jerman berkongsi tangga kedua dengan 269 dengan William McGirt dan Chad Campbell dari AS seterusnya 270, McGirt selepas 62.

Kaufman mencatatkan birdie kedua, menghasilkan birdie dalam empat lubang berturut-turut bermula di lubang ke lapan, menghasilkan birdie pada par-5 lubang ke-13 dan 16 sekitar 13 foot eagle putt di lubang ke-15, dan menamatkan dengan birdie.

“Saya berada dalam rentak sepanjang hari,” kata Kaufman. “Di kedudukan sembilan saya memukul dengan baik dan tidak mendapatkan putt. Saya menghasilkan eight-footer bagi birdie di lubang ke lapan dan bermula dari sana saya meneruskan penguasaan.”

Ayah Kaufman adalah jurulatih kolej AS bagi bintang dari Ireland Utara, Graeme McDowell.

“Saya masih menggunakan beberapa perkara yang dia ajarkannya,” kata Kaufman mengenai McDowell. “Dia mengajar saya untuk ke atas dan di bahagian syaf dengan tangan saya untuk mengawal jarak. Dia mengajar saya bagaimana untuk membuat pukulan fairway.”

Kaufman kemudian menyaksikan ketika pesaingnya satu demi satu tidak dapat menyainginya, dengan Na memberikan ancaman terbesar. Na menghasilkan 25-foot birdie pada par-5 lubang 16 untuk menyaingi Kaufman bagi pendahuluan tetapi terlepas 12-foot par putt pada par –3 lubang ke-17 untuk ketinggalan dan kemudian terlepas 15-foot birdie putt di lubang ke-18.