Kaunter bayaran JIPK ditutup petang esok

Kaunter bayaran JIPK ditutup petang esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan bahawa perkhidmatan-perkhidmatan kaunter yang melibatkan pembayaran di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan akan ditutup esok (Khamis, 31 Disember) jam 2 petang bagi penutupan akhir tahun kewangan bank. Manakala itu, kaunter perkhidmatan yang tidak melibatkan pembayaran akan beroperasi seperti biasa.

ARTIKEL YANG SAMA