Kaunter bayaran TAP ditutup esok, JPD dibuka separuh hari

Kaunter bayaran TAP ditutup esok, JPD dibuka separuh hari

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Semua perkhidmatan kaunter di semua Bahagian pembayaran di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jalan beribi, Gadong dan di cawangan-cawangan JPD yang lain iaitu di Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar, Cawangan Daerah Brunei Muara (Pejabat Lama), Cawangan Daerah Belait, Cawangan Daerah Tutong dan Cawangan Daerah Temburong hanya akan dibuka pada sebelah pagi dari jam 8.15 hingga 11.00 pagi esok dan akan ditutup sebelah petangnya.

Penutupan tersebut disebabkan Penutupan Tahunan Kewangan Bank bagi tahun 2015, demikian menurut kenyataan JPD hari ini.

Bagaimanapun, perkhidmatan kaunter akan beroperasi seperti biasa pada hari Rabu, 1 Julai 2015 iaitu pada bulan Ramadan ini mulai 8.15 pagi hingga 12.30 tengahari.

Sementara itu Tabung Amanah Pekerja (TAP) dalam kenyataan berasingan memaklumkan, perkhidmatan kaunter pembayaran di semua cawangan TAP akan ditutup esok (Selasa,30 Jun) bagi penutupan setengah tahun bank.

Manakala kaunter perkhidmatan, kaunter pertanyaan, kiosk e-Info TAP dan perkhidmatan online e-Amanah akan terus beroperasi seperti biasa. Menurut TAP, perkhidmatan kaunter pembayaran akan beroperasi pada Rabu 1 Julai 2015. Sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan untuk pertanyaan sila hubungi Pusat Panggilan TAP ditalian 2382800.

ARTIKEL YANG SAMA