Kaunter bil air cawangan bandar tutup mulai 1 Julai

Kaunter bil air cawangan bandar tutup mulai 1 Julai

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan kaunter pembayaran bil air sepenuhnya di cawangan bandar mulai 1 Julai 2016.

Sehubungan itu, menurut kenyataan JKR, orang ramai bolehlah membuat pembayaran bil air bagi Daerah Brunei dan Muara di Kaunter Pembayaran cawangan Tasek Lama, Jerudong, pejabat-pejabat pos atau bank-bank (Bank Islam Brunei Darussalam, Bank Baiduri, HSBC dan Standard Chartered).

Dengan ini, JKR memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel ke pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA