Kaunter JPD buka Jumaat, tertakluk anak bulan Syawal

Kaunter JPD buka Jumaat, tertakluk anak bulan Syawal

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Kementerian Perhubungan memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter pembayaran bagi pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan di ibu pejabat JPD, Jalan Beribi, Gadong akan dibuka pada hari Jumaat 17 Julai ini, bermula jam 8.15 hingga 11.00 pagi, tertakluk kepada hasil penglihatan anak bulan Syawal 1436 Hijrah.

Sementara itu kaunter-kaunter pembayaran JPD di semua cawangan di keempat-empat daerah akan ditutup pada hari-hari kelepasan awam sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Sabtu (18 Julai), Isnin (20 Julai) dan Selasa (21 Julai), tertakluk kepada hasil penglihatan anak bulan Syawal 1436 Hijrah.

Perkhidmatan kaunterkaunter JPD akan kembali beroperasi seperti biasa pada Rabu 22 Julai, jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 hingga 3.00 petang.