Kaunter JPD dibuka separuh hari esok

Kaunter JPD dibuka separuh hari esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di kesemua bahagian pembayaran akan ditutup pada hari-hari kelepasan awam iaitu pada 1 hingga 2 Januari.

Sementara itu, pada hari Khamis, 31 Disember 2015, kesemua perkhidmatan kaunter hanya akan dibuka pada sebelah pagi sahaja, bermula jam 8:00 hingga 11:30 pagi dan akan ditutup pada sebelah petangnya.

Penutupan tersebut adalah disebabkan oleh penutupan akhir tahun kewangan bank bagi tahun 2015.

Ia melibatkan kaunter di Ibu Pejabat JPD, Jalan Beribi, Gadong dan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) serta cawangan JPD di Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar, cawangan Daerah Brunei dan Muara (Pejabat Lama), cawangan Daerah Belait, cawangan Daerah Tutong dan cawangan Daerah Temburong.

Menurut JPD, hari-hari kelepasan awam itu ialah 1 Januari bersempena Awal Tahun 2016 dan 2 Januari sebagai ganti 1 Januari.

Perkhidmatan kaunter-kaunter JPD akan kembali beroperasi seperti biasa 4 Januari 2016.

ARTIKEL YANG SAMA