Kaunter JPD tutup 15, 16 Julai

Kaunter JPD tutup 15, 16 Julai

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) memaklumkan bahawa kaunter-kaunter pembayaran JPD di semua cawangan di keempat-empat daerah akan ditutup pada hari kelepasan awam iaitu pada 15 dan 16 Julai bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan, hari ini JPD berkata, kaunter-kaunter JPD di kesemua cawangan berkenaan akan beroperasi seperti biasa pada 18 Julai iaitu dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari pukul 1:30 petang hingga 3 petang.

ARTIKEL YANG SAMA