Kaunter JPD tutup 24 hingga 26 Disember

Kaunter JPD tutup 24 hingga 26 Disember

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di kesemua bahagian pembayaran akan ditutup pada hari-hari kelepasan awam iaitu pada 24 hingga 26 Disember.

Penutupan tersebut melibatkan kaunter di Ibu Pejabat JPD, Jalan Beribi, Gadong dan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) serta cawangan JPD di Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar, cawangan Daerah Brunei dan Muara (Pejabat Lama), cawangan Daerah Belait, cawangan Daerah Tutong dan awangan Daerah Temburong.

Menurut JPD, hari-hari kelepasan awam itu ialah 24 Disember bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W, 25 Disember sempena Hari Krismas dan 26 Disember sebagai ganti 25 Disember.

Perkhidmatan kaunter-kaunter JPD akan kembali beroperasi seperti biasa pada 28 Disember.

ARTIKEL YANG SAMA