Kaunter JPD tutup 31 Mac

Kaunter JPD tutup 31 Mac

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di semua bahagian pembayaran di Ibu Pejabat JPD, Beribi dan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) serta di cawangan-cawangan JPD iaitu Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar, cawangan Daerah Brunei-Muara (pejabat lama), cawangan-cawangan Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong hanya akan dibuka pada sebelah pagi sahaja pada 31 Mac ini.

Dalam kenyataannya hari ini, JPD menyatakan, kesemua kaunter cawangan JPD itu akan dibuka pada sebelah pagi bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan ditutup pada sebelah petang. Penutupan kaunter-kaunter berkenaan adalah disebabkan oleh penutupan akaun Tahunan Kewangan 2015/2016.

ARTIKEL YANG SAMA