Kaunter, kiosk TAP tutup 31 Mac

Kaunter, kiosk TAP tutup 31 Mac

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter TAP termasuk kiosk e-InfoTAP di Ibu Pejabat TAP termasuk cawangannya akan ditutup pada 22 Jamadilakhir 1437H bersamaan 31 Mac 2016 ini bagi penutupan akhir Tahun Kewangan 2015-2016.

Walau bagaimanapun perkhidmatan online e-Amanah dan Pusat Panggilan TAP akan terus beroperasi untuk orang ramai bagi sebarang pertanyaan am.

TAP dalam kenyataannya, hari ini, menyatakan bahawa perkhidmatan kaunter dan kiosk e-info TAP di Ibu Pejabat TAP, Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Jalan Kianggeh akan kembali beroperasi pada 23 Jamadilakhir 1437H bersamaan 1 April 2016.

Manakala itu, perkhidmatan kaunter di cawangan-cawangan TAP yang lain, akan mula beroperasi seperti biasa pada 24 Jamadilakhir 1437H bersamaan 2 April 2016.

Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang turut diberikan daripada pihak ahli TAP.

ARTIKEL YANG SAMA