Kaunter pembayaran Mahkamah Sivil ditutup esok

Kaunter pembayaran Mahkamah Sivil ditutup esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Kesemua Kaunter Pembayaran Mahkamah Sivil di semua daerah akan tutup bermula pada jam 11 pagi 31 Mac 2016 bersamaan 22 Jamadilakhir 1437H disebabkan penutupan Tahun Kewangan 2015/2016.

Walau bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Perkhidmatan Mahkamah, Kaunter Pendaftaran dan sebarang perkhidmatan yang tidak melibatkan perkhidmatan pembayaran akan beroperasi seperti biasa.

Kaunter Pembayaran akan dibuka semula pada 2 April 2016 bersamaan 24 Jamadilakhir 1437H.

Pihak mahkamah dalam kenyataan memohon maaf atas sebarang kesukaran yang dihadapi dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan.

ARTIKEL YANG SAMA