Kaunter pembayaran tutup 31 Mac

Kaunter pembayaran tutup 31 Mac

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter-kaunter pembayaran akan ditutup pada 31 Mac bagi Penutupan Tahun Kewangan 2015/2016 dan akan kembali beroperasi pada 2 April.

Jenis-jenis pembayaran di Kaunter Ibu Pejabat JKR termasuk yuran tawaran, dokumen dan sebut harga, sewa gelanggang dan padang di Kompleks Sukan JKR, bayaran kerosakan harta benda kerajaan, pembelian buku-buku terbitan JKR, perkhidmatan penyedutan tangki septik, bayaran pas kereta hilang, bayaran ‘chemistry, bacterical and laboratory test’, bayaran rampasan ‘bank guarantee’, bayaran perkhidmatan kerja-kerja rawatan pembetungan Kampung Pandan dan Seria dan bayaran balik tunggakan gaji, bonus, elaun-elaun, TAP serta lain-lain lebih bayaran.

Perkhidmatan kaunter di JKR Daerah Belait termasuk pembayaran bil air dan gas dan pembayaran dokumen dan sebut harga, manakala itu, perkhidmatan kaunter di JKR Daerah Tutong adalah pembayaran bil air.

ARTIKEL YANG SAMA