Kaunter TAP tutup 31 Dis

Kaunter TAP tutup 31 Dis

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Perkhidmatan penerimaan bagi pembayaran caruman Tabung Amanah Pekerja (TAP) di kesemua cawangan akan ditutup pada 31 Disember 2015 (Khamis).

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kaunter perkhidmatan bagi pertanyaan dan pendaftaran serta Kiosk e-Info akan beroperasi seperti biasa.

Majikan dan ahli yang telah mendaftar sebagai pengguna e-Amanah, bagaimanapun, masih boleh membuat pembayaran (TAP dan SCP) melalui laman sesawang TAP di alamat www.tap.com.bn.

Perkhidmatan penerimaan bagi pembayaran caruman akan kembali beroperasi pada 2 Januari 2016 (Sabtu), bagi cawangan Ibu Pejabat TAP sahaja.

Manakala, cawangan TAP di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan cawangan-cawangan di daerah Tutong, Temburong dan Belait akan kembali beroperasi seperti biasa pada 4 Januari 2016 (Isnin).

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja.

ARTIKEL YANG SAMA