Kaunter tutup sempena TBC

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Jabatan Perkhidmatan Elektrik memaklumkan bahawa Kaunter Pembayaran dan Kaunter Pembelian Token Meter Pra-Bayar akan ditutup pada 16 dan 17 Februari ini sempena Sambutan Tahun Baru Cina (TBC).

Sehubungan itu, para pelanggan boleh membeli Token Meter Pra-Bayar melalui Cash Deposit Machine (CDM), PowerKad dan Online Banking.

Pihak jabatan dalam kenyataannya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.