Kawalan ketat sempena ucapan akhir Aquino

Kawalan ketat sempena ucapan akhir Aquino

MANILA, 27 Julai (dpa) – Pasukan keselamatan Filipina hari ini dalam langkah berjaga-jaga penuh sempena ucapan terakhir Presiden Benigno Aquino kepada kongres, menurut polis dan pemerintah tentera.

Kira-kira 2,500 orang tentera yang terlatih dalam gangguan awam telah ditempatkan dalam bersiap sedia dengan menjangka bahawa perbarisan bantahan akan berlaku sekitar ibu negara, menurut Kolonel Vic Tomas, timbalan pemerintah pasukan khas tentera di metropolitan Manila.

“Kami tidak boleh mencegah kumpulan-kumpulan dari meluahkan sentimen mereka,” ujarnya.

“Tidak mengapa mengkritik kerajaan tetapi kami berharap mereka tidak akan mengambil jalan keluar dengan melakukan keganasan,” tegasnya.

Tomas berkata tentera-tentera akan terus berada di kem-kem mereka melainkan pihak polis meminta bantuan mereka.

Presiden Benigno Aquino tatkala menyampaikan State of the Nation Address di Parlimen di Manila pada 27 Julai 2015. – AFP
Presiden Benigno Aquino tatkala menyampaikan State of the Nation Address di Parlimen di Manila pada 27 Julai 2015. – AFP

Aquino, yang dilantik dalam tahun 2010 dengan asas kepimpinan baik, dijangka menggariskan pencapaiannya ketika beliau bakal menamatkan penggal enam tahunnya. Itu adalah ucapan terakhir beliau ke seluruh negara.

Pasukan polis di metropolitan Manila juga diletakkan dalam langkah berjaga-jaga, menurut ketua Superintenden Allen Bantolo, ketua pasukan polis di ibu negara.

Beliau berkata “Saya tidak boleh memberikan bilangan tepat kerana alasan keselamatan, tetapi bilangan cukup untuk menghadapi hal luar jangkaan dan gangguan.”