Kawalan senjata perlu diketatkan

Kawalan senjata perlu diketatkan

WASHINGTON, 24 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semalam berkata ketiadaan kemajuan berhubung penggubalan undang-undang kawalan senjata telah menjadi sumber kekecewaan terbesar beliau ketika menjawat jawatan presiden.

Ulasan beliau dibuat beberapa jam sebelum seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pawagam di negeri Louisiana, dengan menembak mati dua orang sebelum membunuh dirinya sendiri.

Dalam temu bual dengan BBC, Obama berkata isu itu beliau rasakan ‘paling mengecewakan dan paling membuat tersentap’ dengan ketidakmampuan penggubal undang-undang untuk meluluskan pembatasan penggunaan senjata, di sebalik pembunuhan beramai-ramai berulang kali ketika tempoh beliau menjadi presiden.

Obama berkata negaranya adalah ‘negara yang maju di dunia yang mana kita mempunyai undang-undang keselamatan senjata yang tidak cukup bijak.”

Obama menyuarakan tentang kawalan senjata api di AS. - Reuters
Obama menyuarakan tentang kawalan senjata api di AS. – Reuters

Beliau membandingkan bilangan yang terbunuh dalam serangan pengganas sejak 11 September dengan pembunuhan yang hampir rutin oleh penembak tempatan, dengan menekankan percanggahan besar dalam perangkaan.

“Jika kamu lihat pada bilangan rakyat Amerika yang terbunuh sejak 11 September oleh keganasan, ia kurang dari 100 orang. Jika kamu lihat pada bilangan yang telah terbunuh oleh keganasan senjata, ia dalam berpuluh-puluh ribu,” katanya.

“Dan bagi kita tidak dapat menyelesaikan isu itu adalah sesuatu yang membimbangkan. – AFP