Kawasan dilanda kemarau diisytiharkan bencana – Mugabe

Kawasan dilanda kemarau diisytiharkan bencana – Mugabe

HARARE, 5 Feb – Presiden Zimbabwe Robert Mugabe telan mengisytiharkan keadaan bencana di kebanyakan bahagian luar bandar negara itu yang teruk terjejas oleh kemarau, dengan 26 peratus penduduk dikatakan memerlukan bantuan makanan, menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

Mengisytiharkan keadaan bencana membolehkan para penyumbang antarabangsa untuk mengutip wang cepat untuk menyediakan bantuan makanan bagi Zimbabwe yang mengatakan ia akan meningkatkan pengimportan makanan asasi iaitu jagung dengan membeli sehingga 700,000 tan tahun ini untuk mengelak kelaparan.

Negara selatan Afrika masih dalam kesusahan untuk mengatasi kemelesetan teruk 1999-2008 yang menyaksikan ekonominya merudum hampir 50 peratus. Kemarau teruk dalam suku abad dijangka memburukkan lagi masalahnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA