Kawasan masjid Al-Aqsa ditutup kepada bukan Islam

Kawasan masjid Al-Aqsa ditutup kepada bukan Islam

BAITULMUQADDIS, 28 Jun (AFP) – Pihak berkuasa Israel hari ini mengumumkan mereka menutup pintu masuk utama di kawasan masjid Al-Aqsa dekat sini kepada pengunjung bukan Islam selepas beberapa siri pertempuran di antara jemaah Islam dan anggota polis.

Jurucakap polis memberitahu AFP, keputusan penutupan itu akan terpakai sehingga tamatnya bulan Ramadan pada minggu depan.

Pertempuran di antara penduduk Palestin dan polis Israel berlaku setiap pagi sejak Ahad lalu apabila masyarakat Yahudi melawat kawasan itu, dengan golongan belia melemparkan batu dan anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan mengguna-kan peluru getah.

Dalam kejadian terbaru, seorang wanita Yahudi cedera di kepala selepas terkena batu di plaza Western Wall.

Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital selepas mengalami cedera ringan.

Pegawai-pegawai Islam mendakwa pihak berkuasa Israel melanggar perjanjian berkaitan akses terhadap bukan Islam untuk melawat kawasan masjid itu pada 10 hari terakhir Ramadan.

ARTIKEL YANG SAMA