Kaymer sasar emas

Kaymer sasar emas

BERLIN, 4 Ogos – Martin Kaymer dari Jerman menuju ke Rio de Janeiro hari ini dengan keyakinan diri dan meng-isytiharkan beliau pesaing pingat di mana pertandingan sukan itu kembali ke Sukan Olimpik.

Kaymer, 31, berlepas ke Brazil bagi persediaan untuk menyertai dalam majlis pembukaan esok sebelum menuruskan persaingan apabila pertandingan lelaki diadakan pada Khamis, 11 Ogos.

Golf akan kembali muncul pada Sukan Olimpik buat kali pertama sejak 1904, tetapi kebimbangan kesihatan menyaksikan nama-nama terbaik dunia memilih untuk tidak bertanding di Rio.

Pemain nombor satu dunia, Jason Day, Dustin Johnson, Jordan Spieth dan Rory Mcllroy memilih tidak menyertai Olimpik, yang memetik ketakutan ter-hadap virus bawaan nyamuk, Zika.

Pengunduran itu memberikan tamparan kepada keupayaan aksi golf kembali ke Olimpik selepas ketiadaan 112 tahun, tetapi Kaymer meningkatkan peluangnya.

“Pada keseluruhannya, saya merasa gembira dengan beberapa minggu lalu. Dalam empat dari tujuh pertandingan, saya menamatkan tujuh kedudukan teratas, jadi saya hampir di mana saya mahu berada,” dia memberitahu sport.de.

Setelah menamatkan tangga ketujuh bersama–sama pada Kejohanan PGA AS pada hujung minggu lalu di Springfield, New Jersey, Kaymer berkata dia bersedia untuk menyasarkan emas di Rio. – AFP