Kayuhan santai G530 sepanjang Disember

Kayuhan santai G530 sepanjang Disember

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Bersempena dengan permulaan ‘off season’, kumpulan berbasikal G530, hari ini, telah mengadakan Kayuhan Santai Sosial sejauh 60 kilometer dari Stadium Negara Hassanal Bolkiah menuju ke Pantai Muara.

Menurut Ketua Pasukan G530, Awang Muhd Hasanuddin bin Abdullah Pijang, Kayuhan Santai Sosial ini akan diadakan pada setiap pagi Ahad sepanjang Disember ini, bermula 7:00 pagi. Kumpulan itu juga mengalu-alukan penyertaan daripada penggemar aktiviti berbasikal di negara ini.

Selain dapat merapatkan tali silatu-rahim dalam kalangan ahli-ahli dan rakan sekutu, mereka yang menyertai juga dapat merasai sendiri keseronokan berbasikal sambil menikmati pemandangan menarik sepanjang laluan di waktu pagi yang menyegarkan khususnya di Daerah Brunei dan Muara.

Antara yang menyertai aktiviti berbasikal itu.
Antara yang menyertai aktiviti berbasikal itu.

ARTIKEL YANG SAMA