Kazakhstan mahu kukuhkan perdagangan dengan Malaysia

Kazakhstan mahu kukuhkan perdagangan dengan Malaysia

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) – Kazakhstan mahu meneruskan dan memperkukuhkan hubungan perdagangan dua halanya dengan Malaysia di sebalik cabaran ekonomi global semasa.Menurut jurucakap Kedutaan Kazakhstan di Malaysia, ini termasuk projek loji metanol dan gas asli cecair yang ditandatangani semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu pada Mei 2014, serta pembangunan ladang ternakan lembu di Kazakhstan.

“Daripada Januari hingga Oktober 2015, perdagangan dua hala antara Kazakshtan dan Malaysia bernilai US$76.6 juta dengan eksport keseluruhan ke Kazakshtan bernilai US$76.6 juta dan import US$396,300,” katanya kepada Bernama.

Walaupun hubungan rasmi kedua-dua negara hanya bermula pada 1992, jelas, perdagangan dua hala itu lebih memihak kepada Malaysia yang mencatatkan eksport bernilai US$122.7 juta ke Kazakhstan pada 2013 dan US$105.2 juta pada 2014.