KB Group lancar projek dengan NPK RM1 bilion

KB Group lancar projek dengan NPK RM1 bilion

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Pemaju hartanah dan tempat peranginan, KB Group Sdn Bhd, berhasrat melancarkan dua projek pembangunan masing-masing di Lumut dan Ipoh, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (NPK) keseluruhan RM1 bilion, tahun ini.

Projek di Ipoh dengan pelaburan kira-kira RM600 juta masih di peringkat perancangan.

Pengarah Urusan KB Group, Datuk Roslan Khalid berkata projek pembangunan di Lumut dengan NPK kira-kira RM400 juta dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Pembangunan berkenaan merupakan sebuah pusat peranginan yang akan dinamakan Hotel Ramada-Resort dengan bertaraf empat bintang di atas tanah seluas 1.9 hektar dan ia adalah projek perkongsian dengan Ramada Group.

Ia dijangka menjadi bangunan hotel tertinggi dengan jumlah bilik paling banyak di Perak.

“Pada masa ini, kami memilih lokasi pinggir bandar, berbanding kawasan tumpuan seperti Lembah Klang atau Johor. Kami juga sedang mencari lokasi yang mempunyai potensi pertumbuhan.” – Bernama