KB Sentral anjur Pameran Hartanah 20 Ogos ini

KB Sentral anjur Pameran Hartanah 20 Ogos ini

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 18 Ogos – Bagi mengetengahkan perkhidmatan terbaik dan membantu orang ramai yang berhasrat untuk memiliki rumah atau hartanah, Pusat Membeli-belah Sentral (KB Sentral) akan menganjurkan Jerayawara Pameran Hartanah di tingkat bawah bangunan tersebut di Kuala Belait, bermula 20 Ogos ini.

Pengurus Am KB Sentral, Dayang Abby Lim semasa sidang akhbar hari ini, mengatakan jerayawara selama empat hari itu akan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam kecuali hari Jumaat akan ditutup selama dua jam bermula 12 tengah hari hingga 2 petang, juga menampilkan beberapa buah syarikat dan pelbagai agensi hartanah semasa pameran berkenaan.

Menurut beliau lagi, objektif jerayawara itu yang merupakan terbesar di Pekan Belait, adalah dihasratkan untuk memberi perkhidmatan yang bermutu dalam membantu masyarakat yang ingin memiliki rumah atau hartanah terutamanya di Australia.

Antara syarikat-syarikat yang akan menyertai pameran tersebut adalah seperti Syarikat Trading Caramella, pakar dalam penghiasan kabinet dapur khas pada harga yang berpatutan dan mereka adalah pengedar tunggal Candy, iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan peralatan elektrik dari negara Itali; Rentokil Initial (B) Sdn Bhd yang memberikan penyelesaian berkesan bagi pengurusan haiwan perosak rumah, serta Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang turut menawarkan produk dan perkhidmatan semasa pameran itu.

Pusat Membeli-belah Sentral yang akan menganjurkan Jerayawara Pameran Hartanah 20 Ogos ini.
Pusat Membeli-belah Sentral yang akan menganjurkan Jerayawara Pameran Hartanah 20 Ogos ini.

Sementara itu, beberapa agensi hartanah tempatan yang akan sama menyertainya termasuk J-FA Agensi Realty dan Property; Bess Perfect Property Agency; Catalyst Sdn Bhd yang menghasilkan majalah Inspire; BSTC Real Estate Agency yang menawarkan pelbagai lokasi rumah, pangsapuri serta pembangunan hartanah yang dicadangkan; dan Kozin Real Estate yang memberi peluang untuk mereka yang ingin memiliki hartanah di Australia.

Sehubungan itu, bagi pelanggan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jerayawara tersebut, bolehlah menghubungi di talian 3339889 atau e-mel ke kbsentralmarketing@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ARTIKEL YANG SAMA