KB Sentral rai Aidilfitri bersama pelanggan

KB Sentral rai Aidilfitri bersama pelanggan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 28 Julai – Dengan hasrat untuk menceriakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pusat Membeli Belah KB Sentral turut meraikannya bersama para pelanggan yang berkunjung ke pusat berkenaan dengan mengadakan pelbagai acara di ruang legarnya, kelmarin.

Beberapa buah perniagaan seperti Jaya Hypermart Sendirian Berhad dan Ochado juga turut menaja pelbagai jenis minuman yang boleh dinikmati oleh para pengunjungnya.

Pelbagai acara menarik turut diadakan termasuk kuiz spontan mengenai Pusat Beli Belah KB Sentral, dan mereka yang menjawab dengan betul turut berpeluang mendapat hadiah-hadiah menarik termasuk paket hijau berisi ‘duit raya’.

Di samping itu, kanak-kanak yang hadir juga dihiburkan dengan pelbagai aktiviti permainan, selain persembahan nyanyian Hari Raya, meniup belon dan banyak lagi.

Salah satu aktiviti sambutan Hari Raya Pusat Membeli Belah KB Sentral.
Salah satu aktiviti sambutan Hari Raya Pusat Membeli Belah KB Sentral.

Penganjur majlis berkata, sambutan itu diadakan adalah sebagai tanda ucapan terima kasih mereka kepada para pelanggan yang terus memberikan sokongan kepada mereka dengan membeli-belah di sana terutama sekali semasa membuat persiapan Hari Raya bulan lalu, dan bercadang untuk menjadikannya sebagai acara tahunan syarikat itu.

ARTIKEL YANG SAMA