KB Warriors sedia beraksi

KB Warriors sedia beraksi

KUALA BELAIT, 10 Jan – Pasukan KB Warriors kini sedang giat mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persediaan bagi mengikuti Kejohanan Bola sepak Veteran Kebangsaan DST Kali Ke-7 2016.

Pengurus pasukan, Haji Waliuddin bin Haji Awang Besar berhasrat pasukannya akan sekurang-kurangnya berjaya layak daripada peringkat kumpulan.

Para pemain dibarisi oleh bekas pemain pasukan PBDB Veteran, Manggalela FC dan BSRC Veteran yang merangkumi pemain seperti Saharin, Haji Affandi dan Haji Bahrin yang dijangka membawa pasukan dari Daerah Belait ini lebih jauh dan memberi kejutan kepada pasukan lain pada kejohanan tersebut.

KB Warriors yang berasal dari Kuala Belait ini mula ditubuhkan pada September 2015 dengan moto ‘Together We Are Strong’.

Pasukan KB Warriors yang bakal memberikan tentangan hebat dalam kejohanan itu.
Pasukan KB Warriors yang bakal memberikan tentangan hebat dalam kejohanan itu.