KB2 juarai Kejohanan Futsal Mini RD

KB2 juarai Kejohanan Futsal Mini RD

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Pasukan KB2 menjadi juara di dalam Kejohanan Futsal Mini RD setelah pasukan itu mendahului saingan terdekatnya Pasukan DDT FT dengan hanya perbezaan dua mata di Gelanggang Futsal Kompleks Sukan Batu Apoi di Daerah Temburong baru-baru ini.

Enam pasukan berentap di dalam kejohanan itu antaranya juara KB2, diikuti oleh Pasukan DDT di tempat kedua, PMIT di tempat ketiga, Laksamana IV di tempat keempat, GBS Fren di tempat kelima dan Morning Star di tempat keenam.

Hadir menyempurnakan hadiah adalah wakil daripada RD Mini Futsal, Awang Hardy Bujang yang kemudiannya memberitahu media bahawa antara tujuan kejohanan tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemain futsal di daerah itu dan sekaligus menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.

Apabila ditanya mengenai penyertaan belia di daerah berkenaan, beliau berkata sukan futsal adalah sukan yang sememangnya diminati dan digemari terutama dalam kalangan anak muda dan mewakili penganjur beliau sangat berbesar hati dengan respons positif daripada pemain-permain yang terlibat.

Hadiah berupa baju jersey yang diterima oleh para pemenang kejohanan tersebut.
Hadiah berupa baju jersey yang diterima oleh para pemenang kejohanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA