KBSentral anjur cabutan bertuah pertama

KBSentral anjur cabutan bertuah pertama

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 30 April – Pusat Membeli-Belah KBSentral dengan kerjasama Bank Baiduri, buat pertama kalinya mengadakan kempen cabutan bertuah yang berlangsung selama empat bulan bermula hari ini hingga
30 Ogos 2015.

Cabutan bertuah ini menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk baucar wang tunai, peralatan elektronik dan gajet-gajet terkini.

Untuk menyertai cabutan bertuah ini, pelanggan hanya perlu membuat pembelian di mana-mana cawangan kedai yang ada di pusat membeli-belah berkenaan termasuk pembelian tiket cinema dari Cineplex di sana, sama ada dengan pembayaran secara tunai atau menggunakan kad Debit atau Kredit Baiduri Bank.

Kemudian, pelanggan perlu pergi ke kaunter di tingkat bawah untuk menunjukkan resit dan mengisi butiran mereka bagi mendapatkan kupon penyertaan cabutan bertuah itu.

Pengurus Pemasaran KBSentral, Sim Poh Fatt (kiri) dan Pengurus Acara KBSentral menunjukkan kertas butiran penyertaan.
Pengurus Pemasaran KBSentral, Sim Poh Fatt (kiri) dan Pengurus Acara KBSentral menunjukkan kertas butiran penyertaan.

Pemegang-pemegang kupon perlu hadir pada majlis cabutan bertuah itu nanti yang akan diadakan pada 30 Ogos di atrium KBSentral pukul 2 petang, dan membawa bersama kupon cabutan bertuah dan kad pengenalan.

Wakil adalah dibenarkan sekiranya pemegang asal tidak dapat hadir, namun mereka perlu membawa bersama kad pengenalan mereka, dan juga salinan kad pengenalan pemenang yang diwakili bersama-sama dengan kupon cabutan bertuah yang asal.

Dalam pada itu, KBSentral turut memaklumkabn bahawa beberapa aktiviti lain juga akan diadakan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 3339889 atau e-mel ke alamat kbsentralmarketing@gmail.com

ARTIKEL YANG SAMA