KBSentral anjur cari harta karun

KBSentral anjur cari harta karun

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 9 Sept – Pusat Membeli-Belah KBSentral dengan kerjasama Beesket Store akan kembali menganjurkan permainan ‘Mencari Harta Karun, Pokemon Go’ yang akan diadakan pada 16 September ini.

Acara yang dinamakan ‘Pokemon Meet & Treat’ itu akan berlangsung di Tingkat 1, Unit F10 premis Beesket Juice di KBSentral, dan bersempena dengan acara tersebut Beesket Brunei bermula hari ini, telah mengeluarkan reka bentuk Pokemon terkini untuk pemegang cawan ‘kitar semula’ yang menampilkan pelbagai jenis Pokemon bagi setiap pembelian jus Beesket.

Seramai 50 orang pelanggan pertama yang mengembalikan sebanyak 20 pemegang gelas Pokemon dalam keadaan yang baik akan layak mendapat lencana Pokemon secara percuma, dan lencana-lencana tersebut dipamerkan di premis Beesket Juice pada waktu ia beroperasi.

Antara hadiah yang disediakan buat pemenang dalam permainan Pokemon Go yang akan diadakan di KBSentral.
Antara hadiah yang disediakan buat pemenang dalam permainan Pokemon Go yang akan diadakan di KBSentral.
Pemegang cawan ‘kitar semula’ yang mula dilancarkan pengeluarannya hari ini.
Pemegang cawan ‘kitar semula’ yang mula dilancarkan pengeluarannya hari ini.

Setakat ini, penyertaan untuk permainan tersebut telah bertambah kepada seramai 20 orang, dan permainan itu nanti akan menyaksikan para peserta menjelajahi pusat beli belah berkenaan untuk mencari ‘jurulatih gim rahsia’, dan pemainnya akan bergerak secara berpasangan dua orang dengan tujuan untuk mendapatkan ‘pokeballs’ seberapa banyak yang boleh.

Peserta kemudian akan melawan ‘jurulatih gim rahsia’ untuk mendapatkan pokeball bagi meraih mata, mereka juga akan mencuba untuk mengalahkan jurulatih dalam permainan yang telah dibentuk. Pasangan yang menang akan membawa pulang lencana Gim Pokémon.

ARTIKEL YANG SAMA