KBSentral anjur Mini Karnival sempena cuti sekolah

KBSentral anjur Mini Karnival sempena cuti sekolah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 18 Mac – Bagi memeriahkan lagi cuti penggal persekolahan pertama yang telah pun bermula, Pusat Beli-Belah KBSentral menganjurkan Mini Karnival yang akan berlangsung selama 10 hari, bermula esok.

Berbagai-bagai aktiviti yang sudah pasti menyeronokkan akan diadakan seperti Pop Da Ballon, Ring Toss, Monster Toss, Bowling, Plinko, Snake and Ladders, Shooting Range dan banyak lagi, selain memberikan tawaran istimewa dengan pembelian tiket $3 bagi dua permainan.

Para pengunjung juga diberikan peluang merakamkan gambar di petak-petak Mini Karnival di aras lantai pusat tersebut, dan untuk menambah ceriakan lagi suasana karnival beberapa aktiviti samping juga akan diadakan.

Antaranya pertunjukan Burung Nuri dalam Parrot Kingdom dengan bayaran masuk $2 bagi orang dewasa dan $1 bagi kanak-kanak, sementara itu pada 23 Mac pula akan diadakan Pertandingan Vandguard bersama dengan komuniti PJN CFV yang bakal berlangsung selama tiga hari.

ARTIKEL YANG SAMA