KBSentral anjur Pertandingan Fotografi Sentral

KBSentral anjur Pertandingan Fotografi Sentral

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 16 Feb – Untuk mencari para peserta kreatif, Pusat Membeli-Belah KBSentral menganjurkan Pertandingan Fotografi Sentral yang penyertaannya telah dibukakan bermula 7 Februari lalu sehingga 7 Mac depan.

Sehubungan itu, untuk memberikan peluang kepada para pesertanya mendapatkan beberapa tip berguna yang sedikit sebanyak boleh menambahkan pengetahuan dan akhirnya boleh menghasilkan gambar yang lebih baik serta memenangi pertandingan, KBSentral akan menganjurkan Bengkel Asas Fotografi pada 20 Februari ini.

Bengkel yang akan diadakan di tingkat satu pusat beli-belah pada pukul 4 petang itu akan dikendalikan oleh Cyril Canvas, iaitu seorang jurugambar profesional terkenal di negara ini dan Sarawak.

Menerusi bengkel itu, beliau yang mempunyai banyak pengalaman dalam arena fotografi, akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama para peserta.

Pusat Membeli-belah KBSentral menyediakan khidmat pondok bergambar yang bertema ‘Saat-Saat Gembira di Sentral’ yang juga merupakan tema bagi Pertandingan Fotografi Sentral.
Pusat Membeli-belah KBSentral menyediakan khidmat pondok bergambar yang bertema ‘Saat-Saat Gembira di Sentral’ yang juga merupakan tema bagi Pertandingan Fotografi Sentral.

Oleh yang demikian, orang ramai yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi bahagian pengurusan KBSentral di talian 3339889.

Menurut pihak penganjur, selain daripada bengkel berkenaan, mereka juga menyediakan khidmat pondok bergambar, terletak di tingkat satu pusat membeli-belah itu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, dengan mengetengahkan tema ‘Saat-Saat Gembira di Sentral’ yang juga merupakan tema bagi pertandingan berkenaan.

Para pelanggan yang berminat adalah dipersilakan datang dan boleh meminjam prop-prop yang disediakan, seterusnya merakamkan gambar mereka dan terus mencetak menggunakan mesin pencetak yang turut disediakan dalam saiz 4R atau 8R mengikut harga yang telah ditetapkan.

ARTIKEL YANG SAMA