KBSentral bawa kegembiraan kepada Kindycare

KBSentral bawa kegembiraan kepada Kindycare

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 10 April – Pihak Pengurusan Kompleks Membeli-Belah KBSentral baru-baru ini, telah untuk menganjurkan satu lagi lawatan ke salah sebuah sekolah swasta di Kuala Belait.

Sejak Februari tahun ini, pihak Pengurusan KBSentral telah melakukan beberapa aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan tujuan untuk berbakti kepada masyarakat atas sokongan padu mereka kepada KBSentral sejak pembukaannya akhir tahun lalu.

Untuk menandakan bermulanya semester persekolahan baru, rombongan Pengurusan KBSentral mengadakan lawatan ke Kindycare School di X-7, Jalan Maulana dengan salah satu objektifnya untuk membawa keseronokan dan kegembiraan kepada kanak-kanak.

Lawatan itu telah ditaja oleh Cinnabon Brunei yang menaja 30 Minibons baru dimasak bersama sekotak Cinnamon Rolls yang diberikan kepada guru-guru dan para pelajar.

Gambar ramai warga KBSentral dan murid-murid Kindycare.
Gambar ramai warga KBSentral dan murid-murid Kindycare.

Kedatangan rombongan disambut oleh Pengetuanya, Hajah Norlia binti Haji Yussop, malah ibu bapa dan penjaga turut dijemput oleh pihak sekolah untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

Rombongan Pengurusan KB-Sentral juga telah memberikan beg hadiah kepada semua pelajar dan guru di Kindycare. Kehadiran maskot lebah juga memeriahkan lagi suasana dan membawa senyuman serta keriangan dalam kalangan kanak-kanak.

Hajah Norlia menyatakan penghargaan beliau bagi pihak sekolah kepada pihak Pengurusan KBSentral yang telah sudi hadir bagi memeriahkan suasana pelajar-pelajar sekolah yang baru masuk bagi menyambung semester baru bermula bulan ini.