KBSentral lanjut operasi hingga 12 malam

KBSentral lanjut operasi hingga 12 malam

Oleh Normazlina M.D

 

KUALA BELAIT, 29 Jun – Bagi membolehkan pelanggan membuat persediaan saat-saat akhir, Pusat Membeli-Belah Sentral Kuala Belait (KBSentral) akan melanjutkan waktu operasinya ke 12 tengah malam, bermula hari ini (29 Jun) hingga malam Hari Raya Aidilfitri iaitu sekitar 5 Julai nanti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KBSentral Property Management Sdn Bhd penyewa-penyewa yang akan melanjutkan waktu operasi mereka ke tengah malam adalah Jollibee, manakala Audio & Video AV Sdn Bhd, Ochado, Jaya Hypermart, Beesket, Al-Bukhari Sdn Bhd, Chop Fock Lee, Kari Kabul House Sdn Bhd, Zon dan kumpulan restoran di bawah FRESHCO termasuk Pastamania, Auntie Anne, Cinnabon, Waroeng Penyet, Killiney, Sushi Tei, All Seasons, Sugarbun dan I Love Yoo, dan diikuti dengan CXA Enterprise,Times Cineplex,Timezone dan Janice Closet akan melanjutkan waktu operasi hingga 11 malam.

ARTIKEL YANG SAMA