KBSentral promosikan bakat tempatan

KBSentral promosikan bakat tempatan

KUALA BELAIT, 3 Nov – Pusat membeli belah KBSentral akan mengadakan Sentral Ville selama dua hari mulai 6 Oktober dalam usaha mempromosi bakat-bakat artis tempatan.

Pada 6 dan 8 November, ia akan menampilkan persembahan Bakat Tempatan Sentral bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 9:00 malam dengan menampilkan artis penghibur tempatan antaranya FNMUsic, Rizal, Nadirah Zeeura, Stormfield, Melodia, Karisma and Leftover serta persembahan khas daripada Kueymo & Sushiboy.

Manakala pada 7 November akan diadakan Pertandingan Nyanyian Sentral yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori A bagi peserta berumur 15-25 tahun, Kategori B (umur 26-40 tahun) dan Kategori C (umur 41 dan ke atas).