KBSentral tawar harga istimewa sempena Hari Kebangsaan ke-32

KBSentral tawar harga istimewa sempena Hari Kebangsaan ke-32

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 17 Feb – Pusat Membeli-Belah KBSentral terus menawarkan berbagai-bagai promosi menarik untuk orang ramai terutama sekali pelanggan dan pengunjung setia mereka, termasuk tawaran diskaun di beberapa buah restoran seperti All Seasons, Delifrance, Pastamania, SugarBun, Sushi Tei dan Waroeng Penyet.

Bukan itu saja, bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun KBSentral tidak ketinggalan turut menawarkan harga istimewa bagi hotelnya bermula dari 20 hingga 23 Februari ini.

Tawaran bagi bilik-bilik Superior, Balkoni Mewah atau Bilik di Tepi Kolam Renang kini hanya dengan harga $98 termasuk sarapan pagi untuk dua orang, bagaimanapun, tawaran terbuka kepada yang dahulu didahulukan kerana ia adalah terhad.

Pelbagai kemudahan boleh didapati jika menginap di Hotel KBSentral termasuklah pasar raya, restoran-restoran terkemuka, panggung wayang, taman permainan kanak-kanak, arked, kolam renang, gim, letak kereta, ruang balkoni terbuka, taman halaman dan banyak lagi, kesemuanya diperolehi di bawah satu bumbung.

Di samping itu, mereka turut menyediakan Hotel Apartmen berservis yang menawarkan penginapan jangka pendek dan panjang bagi mereka yang ingin mencari tempat tinggal di Kuala Belait.

Apartmen ini juga sangat sesuai bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga, kerana ia terletak bersebelahan dan berdepan dengan kolam renang, gimnasium dan balkoni peribadi, malah lengkap dengan dapur, dobi, ruang makan dan ruang tamu.

Ruang tamu dan bilik tidur di apartmen ini lengkap dengan set TV LED HD berukuran 42 inci dan 50 inci dengan saluran pilihan antarabangsa dan Internet berkelajuan tinggi (optik gentian), di samping itu balkoni ruang terbuka untuk BBQ dan bersantai juga turut disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA