KBSentral tawar promosi barangan persekolahan

KBSentral tawar promosi barangan persekolahan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 25 Nov – Pusat Membeli-Belah KBSentral  akan mengadakan promosi belian keperluan awal persekolahan tahun depan pada Disember ini dan telah mula menyediakan risalah promosi tawaran bulan Disember itu pada masa ini.

KBSentral, hari ini memberitahu bahawa lebih 30 barangan termasuk keperluan harian dan keperluan peralatan persekolahan seperti pakaian, kasut dan sebagainya boleh didapati daripada Jaya Hypermart, di sini, melalui promosi tersebut.

Dengan pembelian $50 ke atas dalam satu resit di Jaya Hypermart akan layak pelanggan menyertai Kempen Dip and Win, yang akan diadakan sepanjang Disember ini.

Sehubungan itu, orang ramai terutama para pelanggan diajak untuk tidak melepaskan peluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan termasuklah barangan runcit, baucar membeli-belah dan juga tiket wayang.

Resit-resit pembelian boleh diserahkan ke Bahagian Kaunter Kempen Menangi Hadiah Bertuah KBSentral bermula 1 hingga 31 Disember 2016 ini.

Promosi tersebut juga termasuk promosi menginap di Hotel Garden Sentral, Kuala Belait semasa cuti persekolahan nanti yang lengkap dengan sarapan pagi dan diskaun istimewa daripada restoran-restoran di pusat membeli-belah itu.

ARTIKEL YANG SAMA