KBVK DST 2016 bakal bermula

KBVK DST 2016 bakal bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA), Brunei Darussalam sekali lagi akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Veteran Kebangsaan (KBVK) DST 2016 buat tahun ke-7 berturut-turut bermula 19 Februari bagi saingan Piala Presiden.

Kejohanan yang mendapat kebenaran dan pengiktirafan daripada Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) dan ditaja oleh DST Group Sdn Bhd itu bakal disertai oleh 34 buah pasukan yang menyertai kejohanan itu tahun lepas dan penyertaan baru.

Sehubungan dengan itu pihak VFA ingin menyeru kepada setiap pasukan yang berminat supaya akan membuat pengesahan sebelum tarikh tutup pada 15 Januari depan.

Kejohanan akan dibahagikan kepada dua saingan iaitu Piala Presiden, yang diadakan secara perlawanan liga dalam kumpulan manakala saingan Piala FA pula dengan format kalah-mati (knock-out).

Pasukan XN FT yang memenangi Piala Presiden tahun lepas.
Pasukan XN FT yang memenangi Piala Presiden tahun lepas.

pg20_160111_b

Menurut kenyataan VFA di sini, yuran penyertaan yang dikenakan ialah $600 bagi kedua-dua piala rebutan itu.

Pada musim 2015 lalu XN FT telah menjuarai Piala Presiden buat tahun ketiga berturut-turut, sementara Piala FA pula dijuarai buat pertama kalinya oleh Pasukan Kementerian Pembangunan.

Kejohanan akan bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Presiden XN FT dan juara Piala FA Kementerian Pembangunan pada 14 Februari.

Bagi keterangan lanjut bolehlah menghubungi Awang Sharbini Mohidin di talian 8605556 atau Awang Jabar Ithnin di talian 8820062.

ARTIKEL YANG SAMA