KCT Fun Race dapat sambutan meriah

KCT Fun Race dapat sambutan meriah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI EBGAWAN, 25 Sept – Alistair Lovell mengungguli tempat pertama setelah mencatatkan masa 36 minit 23 saat meninggalkan Jamri Johari di tempat kedua dan Mohd Radzi di tempat ketiga pada Acara Lelaki Terbuka perlumbaan Kedayan Cycling Team (KCT) MTB Fun Race yang berlangsung di Hutan Simpan Berakas, di sini, hari ini.

Sebanyak 80 pelumba basikal gunung menyertai perlumbaan tersebut yang dibahagikan kepada tujuh kategori bagi bulan ini.

Dalam Bahagian Remaja, Hamizan Haji Herman mencatatkan masa 43 minit 44 saat mengungguli meninggalkan pencabar terdekatnya Imani yang berada di tempat kedua sementara di tempat ketiga disandang oleh Faesal Firdaus.

Buat kali pertama Acara Perempuan Terbuka diperkenalkan dengan penyertaan tunggal oleh Liyana Zakaria yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 56 minit untuk menyandang juara.

Gambar ramai sebahagian besar peserta KCT MTB Fun Race bagi bulan September 2016 hari ini. – Gambar Muiz Matdani
Gambar ramai sebahagian besar peserta KCT MTB Fun Race bagi bulan September 2016 hari ini. – Gambar Muiz Matdani

Haji Hamdan pula menjuarai Bahagian Veteran 36 hingga 45 tahun apabila mencatatkan masa 46 minit 19 saat untuk berada di hadapan Pengiran Izad dan Alen Yek yang berada di tempat kedua dan ketiga.

Dengan catatan masa 30 minit 2 saat, Alex Senones muncul juara dalam Acara Master 46 Tahun Ke Atas menewaskan Jeff Lamat yang berada di tempat kedua sementara Rozaine terpaksa akur di tempat ketiga.

Dalam acara Heavy Weight 90 Kilogram ke atas, Suzeinie dengan catatan masa 36 minit 48 saat berada di tempat pertama apabila beliau berjaya menumpaskan Hadey yang berada di tempat kedua dan di tempat ketiga disandang pula Saharin Haji Jamin.

Acara terakhir kejohanan kali ini adalah Acara Santai yang dimenangi oleh Mohd Sawadee dengan catatan masa 36 minit 11 saat untuk berada di hadapan Ahmad Jawaahir di tempat kedua dan Wafi di tempat ketiga.