KDNK 2016 �...

KDNK 2016 & 2017 M’sia catatkan pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 15 Feb – RAM Rating Services Bhd mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 4.5 peratus tahun ini, yang merupakan ‘pemulihan kecil’.

Dalam terbitan ‘Economy Outlook 2017’ bagi November, ia berkata momentum petumbuhan diunjur meningkat selepas kedudukan lemah yang direkodkan dalam tempoh beberapa tahun lepas, yang berpunca daripada permintaan domestik yang semakin stabil.

Penggunaan swasta dijangkakan mengukuh kepada 5.5 peratus hasil daripada pembangunan infrastruktur semasa.

“Permintaan luar merupakan faktor ketidaktentuan terbesar dari segi prestasi ekonomi,” katanya.

Bagi 2016, RAM Ratings mengunjurkan ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 4.2 peratus, dengan daya tahan disokong oleh permintaan domestik.

“Permintaan luar kekal lemah tahun lepas, walaupun kadar tukaran yang kompetitif bagi pengeksport domestik.

“Pertumbuhan penggunaan swasta pula dijangkakan mengukuh kepada 5.8 peratus selepas kejutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, RAM Ratings berkata walaupun data tempahan ekoport kehadapan dan momentum kitaran teknikal menyumbang kepada peningkatan eksport ke atas barangan elektronik dan elektrik baru-baru ini, terdapat juga risiko menurun.

Sebagai contoh, RAM Ratings berkata ketidaktentuan mengenai pendirian Amerika Syarikat ke atas perdagangan dan pelaburan selain kedudukan BREXIT masih merupakan faktor penting kepada unjuran pertumbuhan Malaysia pada 4.5 peratus yang optimistik namun berhati-hati.

“Kecuali faktor ini mengubah permintan global, kami menjangkakan eksport akan mencatat pertumbuhan sederhana pada 1.7 peratus tahun ini susulan prestasi lemah yang direkodkan pada 2016,” katanya. – Bernama