KDNK Beijing meningkat 6.7 %

KDNK Beijing meningkat 6.7 %

BEIJING, 23 Okt (Bernama) – Beijing mencatatkan data ekonomi yang memuaskan pada tiga suku pertama tahun ini dan dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil pada suku keempat, menurut Biro Statistik Perbandaran Beijing.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bandar raya itu mencecah 1.6 trilion yuan dalam tempoh sembilan bulan pertama, meningkat sebanyak 6.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, ia dinyatakan pada laman web Pejabat Penerangan Pihak Perbandaran Beijing hari ini.

Katanya walaupun kadar pertumbuhan susut sebanyak tiga mata peratusan setahun, ia dicapai semasa Beijing berusaha menangani masalah bandarnya dan menyusun semula ekonominya.

Pada tiga suku pertama, kadar pengangguran di bawah 1.5 peratus dan indeks harga pengguna naik sebanyak 1.8 peratus, menunjukkan pertumbuhan ekonominya dalam julat yang munasabah.

Katanya pendapatan boleh guna penduduk meningkat sebanyak 6.6 peratus setahun.

Sementara itu, perbelanjaan perkhidmatan awam kerajaan perbandaran itu menyumbang 67.9 peratus daripada jumlah bajet kewangan awam, katanya.

Katanya penggunaan perkhidmatan menyaksikan pertumbuhan sebanyak 10.8 peratus pada sembilan bulan pertama, melebihi penggunaan komoditi sebanyak 4.3 mata peratusan.

ARTIKEL YANG SAMA