KDNK Malaysia tumbuh 4.4 peratus

KDNK Malaysia tumbuh 4.4 peratus

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) – Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur tumbuh 4.4 peratus pada 2016 dan 4.5 peratus pada 2017, demikian menurut Bank Dunia.

Unjuran itu mencerminkan penurunan perlahan-pahan penggunaan swasta di Malaysia disebabkan pasran buruh yang lemah dan pelarasan penyepaduan fiskal secara berterusan.

Pelaburan swasta juga dijangkakan perlahan ekoran harga komoditi dan pertumbuhan ekonomi dunia yang kekal rendah, demian menurut laporan ‘Malaysia Economic Monitor’ Bank Dunia, yang dikeluarkan di sini hari ini.Laporan itu menyebut risiko utama yang dihadapi ekonomi Malaysia akibat ketidakstabilan harga komoditi dan ketidaktentuan terhadap trajektori pertumbuhan ekonomi dunia serta impaknya ke atas eksport Malaysia.

Malaysia Economic Monitor memuatkan fokus khusus ke atas relevannya perjanjian-perjanjian perdagangan bebas strategik yang dapat membantu dalam pembaharuan ekonomi utama yang diperlukan bagi menyegerakan peralihan Malaysia untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi.

Bank Dunia berkata Malaysia kini terlibat dalam beberapa perjanjian serantau generasi baharu, termasuk Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP), Perjanjian Perkongisan Trans-Pasifik (TPPA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah (EUFTA).

“Perjanjian-perjanjian ini mampu membantu menarik pelaburan, memacu inovasi dan peningkatan teknologi, sekali gus membuka akses pasaran untuk eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia.

“Ia juga memberi manfaat menerusi pembaharuan dalam bidang baharu yang tidak termasuk dalam perjanjian lepas, seperti dasar persaingan, pemerolehan kerajaan, pertikaian pelaburan negara dan dasar pelaburan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA