Ke mahkamah kerana mencuri

Ke mahkamah kerana mencuri

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan mencuri.

Roslin bin Mohd Said, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencuri barang-barang makanan, peralatan penyiaran, perkakas elektrik, telefon bimbit dan wang berjumlah $103 di dalam peti keselamatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi pada 16 Mei 2016 di sebuah restoran di Kompleks Membeli-belah Times Square.

Kesalahan yang dilakukan membawa kepada pemenjaraan yang boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun, dan juga denda.

pg06_160530_mahkamah logo2

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 11 Jun untuk sebutan seterusnya.